Ekspidisi Pendakian Gunung Liang

21 April, 2010



Pada tanggal 16 - 18 April 2010, Kelab Kembara UTP telah mengadakan ekspidisi pendakian Gunung Liang yang terletak di Tanjung Malim.


Profil gunung:

Gunung Liang Timur dan Barat terletak di Tanjung Malim, Perak. Tanjung Malim terletak sekitar 70 km dari Rawang dan 300 km dari Pulau Pinang. Gunung ini mempunyai ketinggian setinggi 1,933 meter (6,342 kaki). Gunung Liang Timur dan barat merupakan gunung yang ke-35 tertinggi di Malaysia. Pendakian dari Gunung Liang Timur ke Gunung Liang Barat hanya mengambil masa dalam 7 minit.



Ekspidisi:

Guider:

Sepanjang ekspidisi tersebut, 3 orang guider telahpun diupah bagi menjadi pemandu arah ekspidisi ini.



Guider 1 : Quintin - Pemegang kompas




Guider 2 : Selepas melepaskan bebanan, Arnold mencuci-cuci


Guider 3 : "Ini laluannya!", kata Mike

Lihatlah sendiri bagaimana gaya seorang pemandu arah yang betul-betul professional. Sebab itulah kami betul2 yakin terhadap mereka untuk mengetuai kami sepanjang berada di dalam hutan hujan tropika Tanjung Malim.


Ekspidisi Bermula:

Kami memulakan perjalan tepat pada jam 9.00 pagi 17 April 2010. Sebelum memulakan perjalanan, kami melakukan aktiviti regangan otot.


1..2..3..4..5..6..7..8!

Kemudian, kami memulakan perjalanan dengan membawa beg yang amat besar dan berat tetapi mahal.



Deuter 55+10 yang berkapasiti luas dan menyelesakan

Destinasi pertama kami ialah Permatang. Perjalanan ke destinasi pertama mengambil masa selama 5 jam berjalan kaki (30 minit menaiki helikopter). Sepanjang 5 jam tersebut, para pendaki menggalas beg bermuatan berat masing-masing secara terpaksa.

Misi 1 Berjaya : Tiba di Permatang

FUHH!! Inilah ayat yang disebut oleh setiap pendaki setibanya mereka di destinasi pertama.. Sedangkan untuk ke tingkat ini pun mereka telah mengeluh, apatah lagi puncak yang jauh lagi di atas. Namun, dengan berbekalkan semangat yang kental, mereka sanggup mencuri masa untuk tidur seketika.


gaya ketua pendaki tidur di permatang



guider pon tido.. ape bole buat.. berduaduaan lg tu..



Lapar! Masa untuk memasak!


Setelah puas tidur meniduri, para pendaki telah kelaparan. Justeru, mereka makan. Tetapi, mereka memasak dahulu kerana tiada premis kedai makan yang terletak berdekatan. Menu pada malam tersebut bergantung kepada setiap kumpulan pendaki. Mereka memasak dengan penuh berkerjasama.




disebabkan kelaparan, mereka sanggup berkerjasama


Selepas kekenyangan, para pendaki yang keletihan pun tidur bagi bersedia untuk meneruskan ekspidisi pada keesokan harinya...


Misi 2 : Menuju puncak

Pagi tersebut tiada bunyi ayam berkokok seperti di tempat-tempat lain. Suasana pagi di dalam hutan hanya bermusikkan cengkerik jantan yang mengeluarkan bunyi nyaring memikat si betina. Para pendaki bangun dengan penuh kemalasan namun masih ada semangat yang membara di dalam hati. Mereka bermonolog, "aku pasti dapat tidur yang lena setelah pulang dari menawan puncak hari ini!". Semangat mereka membakar.

Perjalanan dimulakan tanpa bermandi pagi dan hanya bersarapan ringan sahaja. Pada ketika itu, jam menunjukkan pukul 8.30 pagi.



Mereka mengorak langkah


Perjalanan ke puncak gunung tidaklah sesukar mendaki ke permatang. Namun, pendaki terpaksa memanjat cerun tinggi yang mencapai 80 darjah. Inilah yang dinamakan cabaran.



Misi 2 tercapai : Puncak Gunung Liang ditawan!


Pemandangan sekeliling litar ini hanyalah pokok pokok dan batu batu sahaja. Inilah yang membuatkan hati para pendaki tidak sabar sabar untuk tiba ke puncak melihat pemandangan yang begitu mempersonakan.

1 jam suku kemudian, udara di kawasan hutan tersebut seolah-olah ingin memberi penunjuk kepada sesuatu yang menarik. Para pendaki tertanya-tanya apakah yang akan mendatang di hadapan ini. Cahaya semakin lama semakin terang. Pohon pohon semakin lama semakin rendang. Dan sampai di satu tempat, pokok tidak langsung tertanam! Pemandangan yang luas di sekeliling memang mempersonakan! Jeritan para pendaki terus bergema di kawasan hutan tersebut "Kita dah sampai Puncak!! Woohoo!!". Alangkah bahagianya mereka setelah puas berhempas pulas berusaha bagi mencapai tahap ini. Mereka teus bergembira.





Bergurau senda


sempat lagi main kejar kejar.. nakal betul..


pemandangan dari puncak. Cantik kan?




Misi 3 : menuruni gunung

Setelah puas berseronok berada di puncak, para pendaki pun berpatah balik ke permatang untuk berkemas pulang.. Perjalanan menurun dari puncak ke permatang mengambil masa 45 minit berlari. Setibanya dipermatang, mereka pun bersiap-siap mengemas barang masing-masing. Para pendaki harus bergerak pulang sebelum jam 2.00 petang kerana masa untuk menurun ke kaki gunung adalah panjang dan langit pun kian mendung. Selesai sahaja persiapan mereka, para pendaki terus bergerak menuruni gunung tanpa melengahkan sebarang masa.

Namun, ketika dipertengahan jalan, hujan bukit melanda dengan lebat sekali. Ini merupakan halangan yang berat untuk ditempuhi para pendaki.




Hujan lebat menjadi cabaran





Misi 4 : Memenangi Peperangan!



Pada saat sebegini, keadaan laluan hutan yang becak dan lembap semestinya menjadi kegemaran sang pacat untuk mencari rezeki. Bagai pucuk di cita, ulam mendatang. perumpamaan ini teramat sesuai untuk diaplikasikan dalam situasi ini. Para pendaki menjadi sumber rezeki yang paling lazat bagi sang pacat untuk dijadikan hidangan ketika "lunch hour" mereka.



Para pendaki digigit pacat. Darah memercikmercik sehingga membanjiri hutan


Peperangan diantara manusia dan pacat tercetus di hutan hujan tropika Tanjung Malim. Pahlawan pahlawan pendaki yang gagah perkasa berjaya menewaskan angkatan tentera pacat yang hanya penggunakan kalsium oksida (gigi) untuk bertarung. Namun, bagi pahlawan pahlawan pendaki yang lemah perkasam gagal dalam peperangan ini.



Seorang pendaki menangis setelah digigit sang pacat


Ekspidisi Tammat

Peperangan berakhir setelah para pendaki berjaya keluar dari kawasan hutan. Namun, mereka kelihatan teramat lesu dan tidak bermaya dengan tubuh yang berlumuran darah digigit pacat. Atas kekentalan para pendaki, segala kesakitan dan kepenatan tidak dirasai sama sekali setelah kejayaan menawan puncak Gunung Liang mengatasi segala-galanya. Pengalaman yang sukar untuk didapati ini menjadi kebanggaan setiap pendaki yang telah menjadikan mereka tersenyum keseorangan ketika berada di dalam bas untuk pulang ke kampus.




gambar penulis ketika menggunakan lampu picit di Gunung Liang

2 kumen:

Farah Izaty said...

gambar sume sangat menarik!

Nor Azwan Azahari said...

pandai budak2 ni blakonn