KISAH SERAM: UTP Berhantu (Hantu membuang bayi)

25 April, 2010



!! AMARAN !!

PEMBACA YANG MENGHIDAP PENYAKIT LEMAH JANTUNG, KENCING MANIS, DARAH TINGGI, BISUL DI MANA-MANA BAHAGIAN, ATAU PENING KEPALA ADALAH DINASIHATKAN UNTUK TIDAK MEMBACA POST INI SEHINGGALAH ANDA DISAHKAN SEMBUH OLEH DOKTOR PAKAR





Sebuah kisah benar yang berlaku terhadap penulis pada suatu malam yang menganehkan. Ketika itu, penulis sedang dalam perjalanan ke cafe USM yang terletak hanya beberapa meter dari kamar penulis. Perjalanan yang mengambil masa selama 5 minit itu dipenuhi keadaan yang kurang disenangi oleh penulis.



Pada minit pertama, seekor kucing secara tiba-tiba melintas di hadapan penulis dengan kelajuan yang maksimum.



Pada minit kedua, peristiwa yang paling mendebar-debarkan penulis berlaku terhadapnya - hujan turun secara tiba-tiba.



Pada minit ketiga, penulis menjadi teramat cemas apabila sebuah motosikal dihidupkan enjinnya di parking lot USM.



Pada minit keempat, penulis terdengar suatu bisikan di telinganya yang suaranya mirip-mirip suara sahabat karib penulis. Bisikan tersebut seolah-oleh menghasut penulis untuk tidak berjalan ke arah USM kerana dikhuatiri cafe USM tidak dibuka pada hari Ahad.



Pada minit kelima, pengadil mengarahkan masa tambahan selama 2 minit..



Pada masa tambahan yang pertama, penulis merasakan bahawa terdapat seseorang yang mengikuti jejaknya ke cafe USM. Peluh mengalir di seluruh badan penulis manakala jantungnya berdegup dengan lebih kencang. Ketika penulis menoleh kebelakang....



Oh! Penulis terlupa yang dia telah mengajak seorang sahabatnya yang turut kelaparan untuk makan bersama-samanya. Peluh berhenti mengalir dan jantungnya kembali berdegup pada kadar yang normal.



Namun, pada minit yang terakhir, penulis ternampak sebuah botol kaca misteri yang diletakkan tidak jauh darinya. Kini, penulis betul-betul terasa berdebar-debar. Tiba-tiba, penulis terdengar suatu suara yang seolah-olah menarik perhatian penulis untuk menyelidik botol kaca misteri tersebut. Apabila penulis menyalakan lampu picit, segala tulisan yang terdapat pada botol kaca misteri itu terpapar dengan jelas sekali....



"AAAAAAaaaaaa!!!", kata penulis.. "AAAAAAAAAAaaaaa!!!", kata sahabatnya.. "AAAAAAaaaaaa!!", pelajar-pelajar yang ternampak mereka menjerit pon berkata begitu.



Rupa-rupanya terdapat hantu yang telah membuang bayi mereka di hadapan USM!! Lebih mengejamkan, mereka meletakkan bayi yang tidak berdosa itu di dalam sebuah botol kaca yang sempit!



Penulis segera menghubungi pihak polis dan terus meninggalkan botol tersebut tanpa rasa belas kasihann...



botol kaca misteri yang dipercayai mengandungi bayi hantu


2 kumen:

Unknown said...

ape ko ngarut ni sial..hahahahahahha

Nor Azwan Azahari said...

hahaha.. mcm la ko xmngarutt..