Laporan Aktiviti GTTP : BERMAIN LAYANG-LAYANG

12 August, 2009

Geng Tepi Tasik Propana (GTTP) telah mengadakan satu aktiviti rekreasi bersama setiap ahli GTTP iaitu aktiviti bermain layang-layang bersama ahli. Aktiviti ini telah dimulakan pada pukul 5.30 petang hari tersebut. Ribuan penonton telahpun membanjiri Markas Rasmi GTTP sejak pukul 4 petang lagi memandangkan tiada bayaran tiket dikenakan untuk menonton aktiviti ini.



Mereka kelihatan begitu tertarik sekali dengan aktiviti tersebut. Hal ini kerana, layang-layang yang digunakan amat unik sekali serta mempunyai ciri-ciri ahli GTTP yang begitu ceria dan bahagia. Layang-layang yang digunakan telah dibeli menggunakan hasil kutipan tabung GTTP yang telah disumbang oleh para penyumbang yang begitu murah hati. Layang-layang tersebut juga telah diisytiharkan sebagai 'LAYANG-LAYANG RASMI GTTP'








PELOPOR

Aktiviti yang bermanfaat ini telah dipelopori oleh pelayang layang-layang yang terhebat di Asia Tenggara. Beliau telah diimport khas dari negara jiran oleh pihak GTTP hanya untuk memperkenalkan aktiviti ini kepada setiap ahli. Seterusnya menjadikan aktiviti bermain layang-layang sebagai aktiviti yang paling terkenal di kalangan pelajar UTP. Kembali kepada pelopor aktiviti ini. Berikut merupakan biodata diri beliau :




NAMA : Man (Bukan nama sebenar)
NEGARA ASAL : Tidak ingin diketahui
STATUS : Bujang
HOBI : Bermain layang-layang
PENCAPAIAN :

Juara Pertandingan layang-layang peringkat dunia 3 kali berturut-turut pada tahun 2001,2002 dan 2003

Menjadi pelatih layang-layang kepada pemain layang-layang kebangsaan Malaysia
(Hisham Bin Mazlan)

Diundang oleh GTTP untuk memberikan ceramah tentang kebaikan dan keburukan bermain layang-layang


Man ketika beraksi di Amerika Syarikat pada tahun 2003







PROSEDUR

Bagi memulakan aktiviti, layang-layang tersebut mestilah diikat secara rapi terlebih dahulu bagi mengelakkannya daripada terputus ketika berada di langit.



Setelah semuanya diperiksa dengan teliti, layang-layang tersebut telah sedia untuk berlepas




Bagi menerbangkan layang-layang tersebut dengan penuh efektif, 2 orang diperlukan untuk melayangkan layang-layang ini ke langit. Langkah ini adalah lebih mudah dan telah digunakan sejak zaman berzaman lagi.




Sekiranya langkah-langkah ini dipatuhi dengan rapi, layang-layang tersebut pasti akan berjaya diterbangkan ke udara....






RAGAM PEMAIN

Sulaiman, 20 :
"Bermain layang-layang sememangnya kelihatan begitu mudah, namun, sekiranya anda mencubanya, anda pasti terkejut kerana aktiviti ini merupakan satu aktiviti yang amat lasak dan memerlukan banyak tenaga serta kecergasan tubuh badan"


Walaupun bergelar pemain profesional, Sulaiman tetap rebah kepenatan

Hisham, 21 :

"Saya dah cuba yang terbaik, namun, saya tetap gagal untuk melayangkan layang-layang itu. Kini, saya sedar betapa sukarnya untuk melakukan aktiviti ini. Saya tidak akan putus asa walaupun seringkali dimarahi guru import itu."
Hisham mempunyai fikiran yang begitu luas

Muhsin, 17 :

"Cek nak habaq ni.. Men layang-layang xdok la susoh mane. Yang hangpa dok kate susoh sangat tu awatt? Rilex laa.. Tu la.. Len x.. Biaq cek jek yang ajaq hangpa sumuo neh.. Toksah susah2 pelawo cekgu import tu.. Baziaq jo.."

Tenungan jaguh kampung Pulau Mutiara






Syukur kepada ilahi kerana satu lagi aktiviti GTTP telah berjaya dijalankan secara lancar tanpa ada sebarang halangan. Pihak GTTP juga telah menerima pelbagai kebaikan menerusi keberkesanan aktiviti ini. GTTP juga berharap semoga lebih banyak lagi aktiviti yang akan dapat dijalankan pada masa-masa akan datang serta menepati segala objektif yang ditetapkan..




- GTTP PRODUCTION -