
RUMAH TERBAKAR
Tronoh 24 April - Sebuah rumah telah hangus dijilat api pada jam 4.30 pagi semalam dipercayai akibat gangguan lalat. Mangsa yang bernama Sulailat Bin Hashim (bukan nama sebenar) telah mati di tempat kejadian selepas terperangkap di dalam api. Mangsa dipercayai sedang tidur sebelum dia diganggu beberapa ekor lalat. Gangguan tersebut telah membuatkan mangsa terjaga. Mangsa dipercayai telah menggunakan penyembur racun serangga untuk membunuh lalat-lalat tersebut namun malangnya, mangsa secara tidak sengaja telah menyembur api lilin di kamarnya dan menyebabkan api merebak keserata rumahnya. Pada waktu kejadian, mangsa keseorangan di rumah. Ahli keluarga mangsa diharapkan agar dapat menuntut mayat mangsa secepat mungkin.

KEMALANGAN JALAN RAYA
Tronoh 24 April - Sebuah kemalangan yang melibatkan sebuah lori dan sebuah motosikal telah berlaku di Jalan Selalat Melaka, Tronoh semalam. Menurut laporan, penunggang motosikal telah mati di tempat kejadian manakala pemandu kereta serta penumpang-penumpangnya telah lari dipercayai dikejar lalat. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengah hari semalam ketika mangsa, Hishlat Bin Mazlan (Bukan nama sebenar) sedang dalam perjalanan untuk pulang ke rumahnya di Mambau. Mayat mangsa telahpun dikerumuni oleh jutaan lalat ketika dibiarkan di sini. Saksi kejadian melaporkan kejadian kepada pihak polis menyatakan semasa mangsa sedang menunggang motosikal, dia dilihat melepaskan stereng motosikalnya dan cuba menghalau beberapa ekor lalat yang sedang mengganggunya. Namun, sebuah kereta proton persona telah melanggarnya secara tidak sengaja dan mangsa tercampak 4meter dari motosikalnya. Ahli keluarga mangsa diminta menghubungi pihak polis untuk pengecaman mayat.

PASUKAN KHAS KAWALAN SERANGGA DIPERLUKAN!
Kuala Lumpur 24 Arpil - Berhubung isu jenayah lalat yang semakin membimbangkan, Ketua Polis Negara telahpun mengarahkan beberapa pasukan khas kawalan serangga untuk menjalankan siasatan di kawasan-kawasan yang dilaporkan mempunyai masalah lalat yang serius. Terutamanya di sebuah universiti terkemuka yang terletak di Tronoh.
Beliau berkata, "Saya percaya dengan jalan ini, masalah yang kian serius ini pasti akan dapat diselesaikan dan rakyat negara Malaysia dapat hidup dengan aman di tanah air ini."
"Pelajar-pelajar pun dapat belajar dengan selesa tanpa gangguan lalat di kampus mereka", tambah beliau.
Menurutnya, pasukan khas kawalan serangga yang terbaik telahpun dipilih untuk mengatasi masalah ini. Presiden pasukan tersebut berkata, "kami akan menggunakan kekerasan atas segala jenayah yang telah dilakukan oleh lalat-lalat. Tiada belasan kasihan dapat diberikan"
Ketika ditanya tentang langkah-langkah pembasmian lalat yang akan digunakan, beliau berkata lagi, "Api ialah cara yang paling efektif."
Pasukan yang telah dipilih untuk menggalas tanggungjawab ini ialah sebuah syarikat penerbangan malaysia yang dikenali sebagai Bakar Lalat Malayisa (FireFly Malaysia)



0 kumen:
Post a Comment