Untuk pengetahuan semua pembaca, inilah hobi saya sejak kecil lg -
BERMAIN GAME BOLA SEPAK
Akan tetapi.. Pada zaman yang serba moden ini, dengan perkembangan teknologi yang amat pesat, terdoronglah untuk lahirnya sebuah game yang dinamakan FIFA ONLINE 2 yang begitu mengasyikkan serta amat menghiburkan dengan mempunyai grafik yang indah dan kemas serta gameplay yang amat menarik...
BERMAIN GAME BOLA SEPAK
Akan tetapi.. Pada zaman yang serba moden ini, dengan perkembangan teknologi yang amat pesat, terdoronglah untuk lahirnya sebuah game yang dinamakan FIFA ONLINE 2 yang begitu mengasyikkan serta amat menghiburkan dengan mempunyai grafik yang indah dan kemas serta gameplay yang amat menarik...

KEISTIMEWAAN DAN KEBURUKAN
Keistimewaan :
Game ini tidak seperti game lain yang dijual di merata2 tempat termasuklah pasar ikan.. Namun, game ini hanya terdapat dipremis TUJUHSEBELAS yang berdekatan rumah anda dengan hanya RM2.00 sahaja.. Jika kawasan rumah anda terletak di hulu2 negeri, atau perdalaman2 hutan (yang bebas dr kewujudan premis TUJUHSEBELAS), anda boleh memuat turun game ini melalui internet di rumah anda (itupun kalau kemudahan internet ada tersedia di rumah anda la)
Keburukan :
Anda akan terkhayal seperti berada dalam permainan bola sepak yang sebenar sehinggakan anda sendiri terlupa masuknya waktu solat fardhu yang akan
mengakibatkan dosa bertambah di bahu kiri anda...
mengakibatkan dosa bertambah di bahu kiri anda...
STRATEGI

Menggunakan segala kepakaran menyusun strategi, saya memilih formasi 5-2-3 untuk diaplikasikan dalam pasukan saya.. Saya percaya, formasi ini amat berkesan dan memberi jaminan kemenangan yang besar untuk pasukan saya, walaupun saya menggunakan pasukan yang agak lemah seperti - READING.. Namun, dengan kehadiran 3 pemain bintang saya (Ashravin+Pavlyuchenko+Fernando Torres), jentera pasukan saya menjadi lebih kuat sehinggakan boleh mengalahkan pasukan gergasi seperti BARCELONA.. (team MAN UTD je boleh kalahkan team ni atas alasan maruah)
Hidup ini ibarat roda... Adakalanya kita berada di atas, adakalanya juga kita berada di bawah..
Cheer Up! YOU LOSE

Walau sehebat mane pon saya, saya pernah juga tertewas kepada pasukan lawan yang kadangkala lebih lemah drpd saya... Dan pabila saya mengalami kekalahan, mulalah perasaan resah menggelegak di dada... Oleh yang demikian, terlakulah perlakuan yang tidak rasional di atas padang...


Namun, perlakuan sebegitu adalah salah sama sekali ketika berada dalam sesebuah perlawanan dan patut diberikan hukuman kepada sesiapa yang bersalah... Keputusan pengadil adalah muktamad.. Tiada rayuan yang akan diterima selepas hukuman dijatuhkan.. Maka, semua pemain haruslah akur dan jagalah disiplin masing2 ketika berada dalam perlawanan..
Good Effort! DRAW
Selepas tertewas dalam sesebuah perlawanan, kita tidak harus berputus asa kerana hidup ini mesti diteruskan walau apa jua sekalipun halangan yang mendatang.. Kita harus tabah dan bangkit sedikit demi sedikit... Walau hanya seri pada perlawanan berikutnya, itu sudah dikira sebagai kebangkitan dalam diri kita... Oleh itu, sebagai pengurus pasukan yang berkaliber, saya harus melakukan sesuatu bagi mengelakkan kesilapan masa silam berulang kembali.. Justeru, saya bertindak dengan menyuntik semangat pemain2 saya agar mereka tidak terus menerus kecewa dengan kekalahan.. Dan inilah hasilnya...

walaupun seri.. saya tetap menganggap ini sebagai
KEJAYAAN
Congratulations! YOU WIN!



Inilah yang telah saya kecapi setiap kali saya sentiasa bersemangat dan berkeyakinan tinggi terhadap kemampuan pasukan saya sendiri.. Apabila kemenangan menjadi milik saya, saya berasa amat bangga dan terharu atas kejayaan yang tercipta.. Adalakanya saya juga dapat merasakan seperti dunia ini saya yang punya..

RAGAM PEMAIN
Dengan mempunyai pemain yang berbakat...
mereka boleh menjaringkan gol dengan pantas pada meskipun perlawanan baru dimulakan..
mereka boleh menjaringkan gol dengan pantas pada meskipun perlawanan baru dimulakan..
Adakalanya juga mereka dapat menjaringkan gol dengan cantek..
namun... sering juga cubaan mereka tersasar ke tempat lain....

Mereka merupakan bintang yang berbeza dengan pemain lain, tetapi..
Mereka juga adalah manusia biasa yang sama seperti orang lain...

mereka juga boleh mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan......
HORMAT
Walaupun saya sering mencapai kemenangan, saya tidak pernah bermegah2 dengan pencapaian tersebut atau memandang rendah kebolehan pasukan lain.. Walaupun mereka kalah sama ada dibelasah dengan teruk ataupun kalah dengan jurang markah yang tipis, saya sentiasa menghormati mereka sebagai tanda penghargaan..

saya sering menasihatkan pemain2 saya untuk berjabat tangan dengan lawan mereka setiap kali tamat perlawanan agar tiada paku yang tersimpan di dalam peti...
Atas usaha yang keras untuk mengecapi kejayaan yang konsisten, pasukan saya telah dinobatkan sebagai juara 'COCA-COLA CHAMPIONSHIP' yang agak berprestij seperti liga2 bola sepak yang lain.. Bergelar juara, pasukan saya akan berentap dalam liga divisyen 1 (LIGA PERDANA INGGERIS) pada musim hapadan bersama pasukan2 hebat yang kebanyakannya bertaraf dunia seperti Manchester United, Liverpool, Chelsea dan lain2 lagi.. Mendapat kesempatan ini, saya berpeluang untuk bertemu dengan ramai pemain bintang yang terkenal pada musim yang akan datang seperti Park Ji Sung.. Ini merupakan pengalaman yang amat indah bagi saya yang tidak semua orang dapat merasai pengalaman sebegini.. Alangkah bertuahnya saya dapat menjadi seorang pengurus yang hebat seperti Alex Ferguson....
Saya yakin.. Suatu hari nanti Alex Ferguson akan menjadi seperti saya...





0 kumen:
Post a Comment