Setelah kebosanan duduk di Jepun, kami memilih untuk berpindah ke suatu tempat yang lebih menyeronokkan di sekitar Asia Tenggara. Oleh itu, kami memulakan perjalanan dengan menggunakan Kapal Layar melalui Laut Cina Selatan. Destinasi yang kami pilih ialah : Bandar Warisan Dunia, MELAKA.
Setelah berlayar selama 2 bulan, kami tiba di Pelabuhan Melaka. Ketibaan kami disambut meriah oleh rakyat Melaka kerana mereka menaruh harapan kepada kami untuk membantu mereka mengecapi KEMERDEKAAN.
Oleh kerana keletihan, kami tidak menghiraukan mereka dan terus ke Hotel Ayer Keroh Country Resort, Air Keroh, Melaka. Kami berjaya menyewa 1 Chalet di hotel tersebut.
Menyambut kegembiraan mendapatkan Chalet yang cantik, kami terus ke A Famosa Waterworld untuk berseronok. Inilah impian kami selama kami berada di Jepun selepas terpengaruh dengan iklan2 di TV.
Setelah puas bermandimanda, kami makan tengah hari di Restoran Kuih Udang Alor Gajah. Makanan yang terdapat di sini mirip2 makanan yang ada di tempat kami iaitu SUSHI. Tapi Kuih Udang ni lg sedap dr SUSHI.
Pada malam tersebut, kami berBBQ. Menu kami pada malam tersebut ialah:
- Burger Ayam dan daging
- Frankfurt Ayam
- Kentang Goreng
- Ikan yang ditangkap ketika mandimanda di Afamosa
Kami sungguh seronok menikmati makanan halal di negara ini kerana di tempat kami tiada makanan halal.
Kami juga tidak melepaskan peluang untuk menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 pada malam tersebut yang menyaksikan pasukan Brazil menentang Chile. Oleh sebab premis Sushi King telah tamat beroperasi, kami memilih untuk menonton bola sepak di McDonald Dataran Pahlawan.
Keesokkan harinya, kami menaiki Menara Taming Sari. Kami tidak hairan pun sebenarnya dengan menara ini kerana Menara Tokyo di Jepun lebih tinggi daripada menara ini.
Selepas itu, kami melawat tempat bersejarah Kota A Famosa. Inilah satu2nya tempat yang telah membuat kami teruja kerana di tempat kami tiada monumen ini. Baru kami sedar tempat kami tidak sempurna sebenarnya. Inilah yang membuatkan kami berhajat untuk berpindah ke Malaysia.
Kemudian, berakhirlah pengembaraan kami di Melaka. Namun, kami tidak lagi berminat untuk pulang ke Negara Jepun memandangkan keadaan di negara ini lebih menarik berbanding di negara kami. Arigatogozaimas..
Dari Melaka Dengan Cinta
02 July, 2010
nukilan
Nor Azwan Azahari
pada
18:42
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

4 kumen:
alahai jelesnye tgok ayam tu, sdap gile. mahu mahu mahu
Hehehehe.. ni budak2 laki yg masak tau!!
alahai jelesnye tgok ayam tu, sdap gile. mahu mahu mahu
sebok la budak gemok ni...
Post a Comment