Pada tanggal 8 Jun 2010 (pukul 3.30 ptg waktu Johorr), Squad sniper telah bergegas ke Larkin Sentral, Larkin, Johor Bahru. Kali ini, sasaran utama ialah : MENTERI BESAR JOHOR, YAB DATO HAJI ABDUL GHANI BIN OTHMAN. Pada ketika itu, beliau hadir ke kawasan sasaran untuk melancarkan projek penaiktarafan Larkin Sentral (mcm puduraya la).
Squad Sniper yang dilengkapi dengan senjata masing2 telah bersedia dengan lebih awal sebelum kedatangan sasaran pada hari tersebut. Tepat jam 3.30 petang, Siren polis kedengaran menandakan ketibaan Menteri Besar Johor ke lokasi tersebut. Beliau menaiki kereta Perdana V6 Exclusive bernombor pendaftaran JDT 1 berwarna putih.
Sebaik sahaja sasaran turun dari kenderaan, Squad Sniper terus menembak dengan cekap dan professional! Ini merupakan salah satu daripada hasil-hasilnya..
Kemudian beliau pun masuk ke dalam bilik mesyuarat. Pada waktu tersebut, Squad Sniper telah dihalang untuk memasuki bilik tersebut kerana bilik tersebut sempit. Justeru, kami dihalau keluar. Namun, diluar terdapat berbagai juadah makanan yang dihidangkan untuk kami. Alangkah seronoknya kami menikmati makanan percuma tersebut. Dipercayai makanan tersebut adalah bebas daripada sebarang racun yang boleh memudaratkan kesihatan Squad Sniper.
2 jam kemudian, sasaran tamat bermesyuarat. Squad Sniper kembali beraksi dengan meneruskan tugas masing2 dengan penuh komitmen. Pada kali ini, Squad Banyak Tanye bersatu dengan Squad Sniper untuk menyerang sasaran.
Selepas itu, beliau mengorak langkah untuk melawat kawasan sekitar Larkin Sentral. Pada waktu ini, cabaran Squad Sniper bermula. Kami terpaksa berlari2 untuk merebut angle yang terbaik bagi mengdapatkan tembakan yang tercantik. Berikut merupakan hasil tembakan Squad Sniper:
Tahniah diucapkan kepada Squad Sniper! Segala objektif berjaya dicapai. Mudah2an dinaikkan pangkat satu hari kelak. Terima kasih juga diucapkan kepada Menteri Besar Johor yang sudi turun padang untuk menyelesaikan masalah rakyat Johor yang menjadi pengguna tetap Larkin Sentral Johor Bahru. Tanpa bantuan YAB Dato, meranalah kami..

0 kumen:
Post a Comment