BANDAR UNIVERSITI, Tronoh, Perak -- Suatu kejadian aneh telah berlaku terhadap saya.. Saya tidak pernah menyangka kejadian seperti ini akan berlaku pada waktu-waktu begini. Namun, takdir telah dirangka dari awal lagi. Saya tidak mungkin dapat mengelak takdir ini dan terpaksa menerimanya dengan hati yang tenang dan terbuka.
Ketika itu, saya berhasrat untuk ke premis TUJUHSEBELAS yang berhampiran universiti tempat pembelajaran saya. Justeru, saya pun meletakkan kenderaan saya dengan penuh cermat di petak yang telah disediakan...
Namun, minuman yang hendak dibeli sudah tidak lagi dijual di premis ini.. Oleh itu, saya bersama rakan-rakan saya ingin pulang ke residensi kami dengan penuh kehampaan..
Melihat kepada cermin pandang belakang yang dipasang di dalam kenderaan saya, saya terlihat sebuah kenderaan sedang menuju ke arah saya ketika saya sedang asyik mengundurkan kenderaan keluar daripada petak meletakkan kenderaan tersebut.
Justeru, saya tergesa untuk mengeluarkan kenderaan saya dengan kadar yang begitu cepat.
Sungguhpun begitu, saya tidak sedar bahawa terdapat sebuah kenderaan lain di letakkan di belakang kenderaan saya...
Dalam keghairahan menekan minyak kegesaan, kenderaan saya secara tiba-tibanya terberhenti tanpa brek ditekan. Rupa-rupanya, saya baru menyedari bahawa saya telah melakukan aksi ganas yang amat dahsyat terhadap kenderaan terbabit.
Tanpa masa terbuang, tuan punya kenderaan terus bergegas ke arah saya dengan penuh amuk dan bengis. Oleh sebab ketakutan membuak-buak, secara otomatiknya saya terus memohon keampunan daripadanya dan menawar untuk membayar segala ganti rugi.

Mendengar kenyataan tersebut, tuan punya kenderaan terus berubah daripada sepanas-panas api kepada sesejuk-sejuk air batu. Justeru, pertelingkahan pada kejadian tersebut berjaya diselesaikan secara aman tanpa tumpahan darah.
Azwan
DIRECTOR
Azwan
STORYBOARD
Azwan
CAST
Azwan
VISUAL EFFECTS
Azwan
GRAPHIC DESIGNER
Azwan


11 kumen:
ahahaha~ promompom~ dats sad~ semoga menjadi pemandu yang berkhemah ya len kali~ pandang kiri, pandang kanan, pandang kiri balik.... baru undur~ =)
mak aihhh
sume azwannn
mne part tuk jes22
jes22 yg watak utama ouhh
hak2..gle sian jes22 k0 injured..
d.u.g.a.a.n.
sabaq naa~
dye claim bpe juta? haha
(tidak boleh dinyatakan)
bagus2. teknik penceritaan yang kreatif. boleh apply masuk cannes. tapi tolong baiki bahagian kredit eh.
[orang kata, tak baik makan sorang. apesal nama ko sorang je?]
sekian.
hurmm.. biar aku selidik dimanakah nama kau sesuai untuk diletakkan...
searching.....
[[ LOCATION UNFOUND ]]
opss.. sowie.. xde jawatan kosonggg
siot. sangat siot.
sekian [kuasa 2]
hehehehe..agak siot aa.. tp xbaek cakap siot tau.. kne potong lidah baru tawu..
anda ingat lidah saya ini boleh dipotong potong? bwat sup sotong? eh salah. buat sup lidah??
tidak berguna. huh
[weh2. ape cer ni??]
ape yg ape cer?? xpaham
Post a Comment