UTP Drift : preparation

20 June, 2009


UTP Drift merupakan satu jenis sukan yang baru sahaja diwujudkan di UTP.. Pengasasnya yang bergelar JES22(bukan nama sebenar) telah berjaya menarik ramai peserta di UTP ini untuk turut serta dalam aktiviti sukan yang digemari ramai ini...

Namun, terdapat seorang peserta yang sering mencari masalah dan menyimpan dendam sejak hari pertama daftar ke universiti ini lagi.. Beliau yang bergelar ST6D sering melakukan lagak yang amat menimbulkan rasa tidak puas hati ramai pihak terutamanya pihak JES22..

laluan JES22 telah dihalang oleh ST6D secara sengaja

Hal ini telah membangkitkan rasa marah yang membuak2 dalam diri JES22.. Justeru, satu pertandingan telah dirancang mengikut persetujuan kedua2 belah pihak iaitu UTP Drift! Pertandingan ini diadakan bagi tujuan menentukan siapa yang akan bergelar 'Drift King' dan juga siapa yang akan bergelar 'LOSER'.. Taruhan bagi pertandingan ini ialah "LOSER balik jalan kaki" yang bermaksud sesiapa yang tewas akan kehilangan kereta 'Drift'nya.. Manakala yang menang akan membawa pulang 2 kereta dan menguasai Trek Drift UTP serta akan dihormati para peserta yang lain... Itulah yang dikejar oleh setiap peserta acara ini..

Hatta.. Bagi menghadapi pertandingan tersebut, JES22 telah mengadakan satu sesi latihan yang begitu progresif bagi memastikan kejuaraan UTP Drift adalah miliknya..

Sebelum latihan dimulakan, beberapa bahagian utama jenteranya diperiksa secara teliti termasuklah

meter kelajuan

cermin pandang sisi

lampu brek

dan juga..

rim sukan (sport rim)

setelah semuanya berada dalam keadaan yang cukup baek, barulah latihan dapat dimulakan..



Setelah semalaman latihan diadakan, maka kini, pasukan JES22 telah bersedia dan lebih konfiden untuk menjuarai UTP Drift dan seterusnya bergelar 'Drift King' yang menguasai seluruh trek drift UTP







2 kumen:

Anonymous said...

haha,
lawak jer

Nor Azwan Azahari said...

eleyh.. ade org tu dengki... senyap2 suda la