DEMAM + SAKET MATE!

11 June, 2009

Permohonan maaf daripada semua peminat setia blog ini kerana perkhidmatan tergendala seketika atas penaiktarafan perkhidmatan bagi keselesaan setiap peminat..

maka dengan ini, blog ini kembali beraksi dengan lagak yang lebih menyerlah dan informasi yang lebih edukatif..

kali ini, saya tercenderung untuk mereka sebuah blog yang lebih sinis dan mempunyai sedikit unsur2 romantis yang boleh menyayat hati anda semua..

Bermula tarikh 6 hb Jun 2009, saya telah diserang suatu penyakit yang digelar penyakit (X_o) atau nama klasiknya, sakit mate..

Pada peringkat awalnya, mata ini hanya terus menerus mengeluarkan cecair yang tidak dapat dikenalpasti (mungkin inilah yang dinamakan "air mata air") atau mungkin juga saya tidak dapat menahan perasaan rindu terhadap keluarga di kampung...

lama kelamaan, mata ini menjadi lebih radikal dengan mentransformasi kepada warna yang lebih dahsyat serta keterbukaan radius mata yang lebih garang!




AMARAN: Jangan tenung lame2.. Musibah akan melanda



Justeru, saya terus bergegas ke klinik yang berdekatan..... Alangkah nasib baiknya saya kerana klinik yang terletak disini dibuka selama 24jam setiap hari (macam premis TUJUHSEBELAS jgak arr..)

Setelah menjalani pemeriksaan rapi, dokte berjaya mengesan punca2 penyakit ini dan memberitahu langkah2 mengatasi yang berkaitan.. Kemudian, ubat yang sepatutnya dihadiahkan kepada saya....



pesanan dokte :
"nak.... nak titiskan ubat ini 4x setiap hari ye nak... nak jgn telan tau..."


Namun... setelah 2 hari menggunakan ubat titis mata yang berlabel merah yang diberikan, saya mengalami kesan susulan daripada penyakit ini ---- DEMAM PANAS

Saya kembali berjumpa dokte...

Dokte pon berkata-kata:
"eh! awak lagi!"


lalu, die menerangkan bahawa keadaan saya ketika ini semakin kritikal dan saya boleh menjadi ajen penyebar wabak X_o kepada sesiapa sahaja termasuklah tumbuh2tumbuhan dan haiwan peliharaan...

kemudian, saya diberi ubat titisan mata yang lebih efektif dan ubat demam......



Lebih afdal kot guna ubat logo tu

Justeru, koleksi ubat2an saya bertambah banyak dan menjemukan saya untuk menelan kesemuanya...



(gulp!)

moga2 kesihatan saya akan bertambah pulih selepas menelan ubat2 ini walaupun saya tidak nampak apa2 kesan pon sepanjang mengamalkan gaya hidup sihat ini....

2 kumen:

Anonymous said...

hahaha.sian ko weyh!!get well soon!

Farah Izaty said...

hahaha sian